Soalan Soalan Lazim

1. Adakah promosi dan diskaun dari kedai  dipromosi di dalam Portal BMF Delivery?

Kami tidak menyokong promosi yang terdapat di kedai. Harga yang anda lihat di app /  web kami ialah apa yang anda akan bayar untuk produk tersebut. Walau bagaimanapun, kami mempunyai promosi istimewa dari masa ke semasa yang akan ditunjukan di portal kami.

2. BMF Delivery berada di kawasan mana?


BMF Delivery kini berada di kawasan lembah kelang. Tetapi kami mempunyai perancangan untuk meluaskan kawasan kami ke bandar bandar besar di seluruh Malaysia. Nantikan berita ini.

3. Kaedah pembayaran apa yang diterima?


Kami menerima semua bentuk pembayaran termasuk kad kredit dan debit yang boleh dibuat secara online. Kami jugak menerima pembayaran secara Cash On Delivery (COD).

4. Apakah caj perkhidmatan yang dikenakan BMF Delivery?


Caj perkhidmatan berbeza mengikut lokasi penghantaran. Untuk melihat caj, anda boleh melihat semasa checkout.

5. Bolehkah saya memesan produk yang saya tidak terdapat dalam katalog BMF Delivery?


Ya Untuk meminta produk yang anda tidak terdapat dalam portal kami, anda boleh menghubungi kami secara whatsapp di no. telefon +6011 2805 1376

6. Bilakah pesanan saya akan tiba?


Anda boleh memilih untuk menghantar pesanan anda secepat mungkin, atau menjadualkan masa yang anda ingin diserahkan.

7. Bolehkah saya memilih masa untuk menjadualkan penghantaran?


Ya Anda boleh menjadualkan pesanan anda untuk dihantar pada masa yang paling sesuai untuk anda. Penghantaran boleh dijadualkan untuk hari yang sama atau hari berikutnya.

8. Bolehkah orang lain menerima pesanan bagi pihak saya?


Ya Apabila anda mengesahkan pesanan anda, beritahu kami dalam ‘REMARKS’ nama  yang akan menerima pesanan.


9. Bagaimana Rider akan menghubungi anda?


Rider kami akan menghubungi anda sebelum mereka membuat penghantaran. Rider juga akan menghubungi anda jika mereka menghadapi masalah mencari alamat penghantaran anda. Jangan kuatir, maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat.

10. Bagaimanakah saya mengetahui status pesanan saya?


Dua cara, melalui aplikasinya dan di laman web, anda akan mendapat “Status Update”

11. Apa yang berlaku sekiranya produk yang saya pesan tidak ada stok?


Rider kami akan menghubungi anda sekiranya produk yang anda pilih kehabisan stok dan mencadangkan penukaran. Anda boleh bersetuju dengan penggantian atau membatalkan item tersebut. Anda tidak akan dikenakan caj untuk produk yang dibatalkan. Sila simpan telefon anda berdekatan, kerana Rider kan menghubungi anda untuk mengesahkan pesanan anda sebelum checkout.

12. Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat masalah dengan pesanan saya?


Kami memohon maaf jika anda menghadapi masalah dengan pesanan anda. Sila hubungi kami melalui email di bmf.delivery.kl@gmail.com atau melalui whatsapp di no.telefon +6011 28051376..

13. Bolehkah perubahan produk atau bayaran Refund dibuat?

Sudah tentu. Sila email kepada kami di bmf.delivery.kl@gmail.com atau whatsapp di no.telefon +6011 28051376, dan kami akan membantu anda.

14. Berapa lamakah saya perlu menunggu bayaran Refund saya?


Ia biasanya mengambil masa lima hingga sepuluh hari kerja untuk memproses bayaran balik. Masa yang diperlukan untuk memproses bayaran balik mungkin berbeza-beza bergantung pada bank anda. Sekiranya pembayaran balik tidak ditunjukkan dalam akaun anda selepas lima hari perniagaan, sila email kepada kami di bmf.delivery.kl@gmail.com atau whatsapp di no.telefon +6011 28051376.